Susulan kes aktif baru, P Pinang tutup pelancongan kesihatan
Kerajaan Pulau Pinang tidak lagi membenarkan kemasukan pelancong kesihatan susulan kes-kes baru Covid-19 dikenal pasti di negeri itu, kata ketua menterinya Chow Kon Yeow.
Dalam satu kenyataan malam tadi, Chow berkata kerajaan negeri tidak dimaklumkan berkenaan ketibaan tiga pesakit dari Indonesia pada 14 Ogos lalu serta kemasukan mereka ke sebuah hospital swasta.
Pada hari tersebut, AirAsia memaklumkan ketibaan sebuah penerbangan sewa perubatan dari Medan, Indonesia.
"Kerajaan negeri akan memaklumkan kepada Kementerian Kesihatan (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) bahawa memandangkan terdapat kes aktif Covid-19 baru di Pulau Pinang, kerajaan negeri tidak akan memberi kebenaran untuk menerima sebarang pesakit di bawah sektor pelancongan kesihatan buat tempoh ini," katanya.
Katanya lagi, satu mesyuarat tergempar dengan agensi-agensi terbabit juga akan diadakan hari ini bagi membuat keputusan lanjut berkenaan perkara itu.
Dia turut memaklumkan ketiga-tiga pesakit itu mematuhi semua prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan Majlis Pelancongan Kesihatan Malaysia dan Jabatan Imigresen.
Indonesia setakat ini merekodkan lebih 140,000 kes Covid-19 dengan 6,150 korban.